mungkin semalam kita masih gembira,
bergelak tawa, usik mengusik,
mengubat lara, mengusik rasa,
masa demi masa,
cemburui mesranya kita,
sekolah itu pertemukan kita sahabat,
membesar mengenal dunia ilmu,
namun, kerap mengeluh kerna payah menuntutnya...
Sahabat...
di sekolah itu juga kita berjaya redahi onak dan duri bersama,
memori terlakar, mencorak kain catatan kenangan di sanubari,
aku masih ingat tatkala kita bersama berdiskusi,
tentang ilmu, tentang cikgu, tentang apa-apa sahaja yang kita mahu,
benar juga kata cikgu...
"usah kamu tak sabar tinggalkan sekolah ini, kelak kamu pasti rindu kembali"
masa sudah tiba,
perjuangan akhir telah ditempuh...
kini...
Haluan kita berbeza wahai sahabat,
kamu ke sana, aku ke sini,
aku di sini, kamu di sana,
citaku tiadalah sama denganmu,
meski sama, laluan mungkin berbeza...
Sahabat...
kau Sahabat di kala sekolah,
dulu di sisi dalam juangkan Sijil Pelajaran Malaysia,
memori masih sama, persahabatan masih setia,
realitinya kau tiada di sisi,
aku perlu bangkit berjuang kembali,
mencari sahabat di tempat baru ini,
kembali melakar memori,
yang tak mungkin sama lagi...
No comments:
Post a Comment