kadang-kadang marah menjelma,
bukan menentang, menyokong pun tiada,
cuma risau keamanan negara,
politik manipulasi kembali membara,
hipokrasi menjadi mainan semua,
yang betul dan salah tidak diduga,
si penguatkuasa pasti di persalahkan jua,
pemimpin yang ada, tiada betulnya juga,
kerna silap sendiri amanah dileka,
amanah Tuhan tidak dilaksana,
rakyat tiada sabar mula bersuara,
perang politik kembali menjelma,
perhimpunan sana, perhimpunan sini mula dijelma,
umpama pesta dan ikutan sahaja,
risau jadi pejuang sia-sia,
gadai keharmonian sebuah negara...
p/s : dngr cter bersih 3.0 dlm rncngn...haih...aku malas nak komen banyak...hari tuu dah kena hentam, yg pasti, pada waktu bersih tuu...aku tak mau on9...buat sakit hati jer...aku tak benci bersih, aku tak sokong juga bersih...cuma aku lebih suka kalau pilih jalan musyawarah...tak cukup lagi apa yang berlaku di Libya, Iraq, Afghanistan? tak nampak...perpecahan rakyat kerana politik...untungnya barat...bukan kita...
No comments:
Post a Comment