Tuesday, August 23, 2011

Luahan Doaku

Aku bukanlah orang yang begitu alim,
aku bukanlah jua orang yang amat warak,
aku tidaklah layak menjadi pejuang Islam sejati,
namun doaku tetap ku pohon pada Ilahi,
agar dikuatkan, agar diteguhkan iman di hati.

Ya Allah,
kurniakanlah aku jalan yang terbaik untuk hidupku,
berikanlah aku hidayahMu, berikanlah rahmatMu,
cekalkan hatiku untuk Menuntut ilmuMu,
tabahkan hatiku untuk hadapi UjianMu.

Ya Allah,
jikalau diizinkanMu, kurniakanlah kejayaan kepadaku dalam menuntut ilmu di dunia ini,
jikalau diizinkanMu, tujukan aku ke arah kerjaya yang di redhaiMu,
jikalau dikurniakan rezekiMu, janganlah biarku lemas dengan harta itu,
jikalau ditemukan jodohku, temukanlah dengan wanita yang solehah moga dapat berkatMu,
jikalau dikurniakan zuriat kepadaku, biarlah mereka menjadi insan yang lebih baik daripadaku,
agar mereka menjadi pejuang dan srikandi Islam yang dirahmatiMu,
jikalau dipanjangkan umurku, berikanlah peluang kepadaKu agar bertemu jalan Syahid kepadaMu,
dan tatkala kembaliku kepadaMu, moga kekal dalam keadaan beriman kepadaMu...
sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja aku berdoa dan meminta...

Amin~

No comments:

Post a Comment