Thursday, August 25, 2011

Aku masih begini...

suka melarikan dari realiti,
pantas mencari jalan pergi,
dengan senyap membawa diri,
bawa sepi dalam hati,
tatkala keliru menjengah kembali,
serba tak kena jadinya diri ini,
mencipta ilusi dan fantasi,
kerana ego dan hipokrit diri,
alasan harga diri aku beri,
walhal tiada lagi keyakinan diri,
masih tidak berani,
menghadapi perasaan hati,
menjadi bayang-bayang yang tak bertepi,
melihat jauh di sudut sanubari,
rahsia yang kekal tersemat dihati...
kerana aku masih begini...

2 comments: