Sunday, July 21, 2013

[Sharing Cerpen]

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.

Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.

Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.

Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.

Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.

“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?

“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?”

Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.  “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.

Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau belok kiri tu.”

Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta.

Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”

Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”

Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah.
“hmm.” Enjin kereta di matikan.
_________________________________

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan
agama.”

Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.


“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’

Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.



“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman
hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.

“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”


Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!

Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.

“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.

Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm, Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”

“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.

“abang buat apa?”
“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya apa?”
“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab Allah.”
Aiman diam sebentar. “tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”

Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu….

“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya.

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi
imam itu!”

Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.

Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..”
Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.

Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.
“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”

“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
_____________________________________

“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.

Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.
“okay apa..”

“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?”
“boleh je.”
“okay..”

“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________

“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu menoleh. “ya?”
“saya nak…”
“nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.”

Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu.
Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.

“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”
“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.

Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..”

Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah.

Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”

“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni.

Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”

Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
__________________________________

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.

Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…”

Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..”
Aiman hanya mengangguk. “lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Aiman senyap sekejap. “sure.”

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.

Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.”

“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu.

Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.
Aiman menyambut. “thanks.”

“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.

“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.”
Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”

“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?”
“lagu.”

Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.
“best jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

Inilah aku apa adanya

Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.

Ini cintaku apa adanya

Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

“Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”

Jalan kita masih panjang

Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya

Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga

Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya…

Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gayamenadah tangan.
“sure.”

“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu.

Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.”
Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?”

Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu.

Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!”

“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lahhandsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”

“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”
“superb! Romantic!”

“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
_________________________________________________

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman senyum. “kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..”

“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan.

Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.

“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.

Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di
sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat.

Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu
pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.
“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.

Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya?
ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail
itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”

Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..”

“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”

“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.

Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!”

Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat.

Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
_____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..”
Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..”

Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..”

Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?”

“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir.
Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..”

“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”

“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.

“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”

“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.

Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”

Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata dipejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya.
Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..”
Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..”
Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…”

“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.

Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”

Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.”
Terdiam Syahirah. Ya Allah….

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya
itu..”

Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja.
“cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.

“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah
abang itu terluah juga.

“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan
senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”

“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa
saya kembali.…” Aiman hanya diam.

“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya.
YA ALLAH……
  lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman.
Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?”
Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”

“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah,
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah…

Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia
agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
_________________________
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau
kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.


insyaALLAH. – Aiman.
 ____________________________________
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.

“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.”

Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.

Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.


Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah.

Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.

“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini.

“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
_________________________________

“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.

Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.”
Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu.
Aiman diam sekejap. “thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.”

Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”

“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman.

Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.”

Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?”

Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.

Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang
banyak macam itu?”
Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.

“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.

Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.

Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu.
Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”

“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu.

Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.

Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni.
Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”
Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?”

“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullail berjemaah.”
Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”

“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”

“okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.

“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.

Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.

“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”

Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”

Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”
Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
_____________________________

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!

Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk
rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”

Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air
mata berlinangan.

“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.
“bukan Aiman bah!!”

Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.

“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya.

Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat.
Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang…
Bantu hamba Ya Allah………
Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..”

Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Syahirah?”
Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya.
“abi kenapa dengan isteri saya?”

Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.

“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.

“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.

Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”

Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda:

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada

Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya.

Allah…
________________________________

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya.
Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman.

“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.”

Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.

Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.

Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah…

Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu.

Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis.

Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.

Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit.
Ya Allah sakitnya rasa ini.
Sakit sangat!
Kenapa Ya Allah.
Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir.
  video cinta kita – click sini =)
“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang kita jadikan lagu kita nak?”
Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.

Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
mata.

Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.

Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?”

Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula.

Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
_________________________________

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.

Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur.
Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.”

Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.

Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.
“lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”

Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang.
Sayang.

Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
___________________________________________

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir air mata isteri Dato Rahimi.

Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah.
********************************************************************************

p/s : Salam Ramadhan.. :)

Tuesday, June 25, 2013

Melepaskan?

Melepaskan tanpa berjuang...
mungkin kerana nilai persahabatan?


-entri pendek-

Friday, May 24, 2013

Bulan Purnama

Kenapa dengan bulan purnama ini? Kerana bagi diri ini, Cahaya Bulan Purnama ini ada signifikannya tersendiri...diriku memang cukup menggemari suasana hening malam..misteri penuh ketenangan..dan pemandangan indah diserikan bulan dan bintang-bintang...
Tapi kini, pemandangan paling terindah dan paling aku minati adalah ketika ada Cahaya Bulan Purnama...
Fahami maksud tersiratnya...

Saturday, March 2, 2013

Cinta, Orang Tengah, Berlapang Dada?

Bayangkan

Anda percayakan orang tengah anda untuk penghubung kepada bakal penghulu bidadari syurga nanti

Tapi...

Bakal penghulu bidadari syurga itu pula sebenarnya jatuh cinta kepada orang tengah anda itu

SubhanaAllah,

Bayangkan anda kena macam tu?

Mampukah anda untuk berlapang dada

Dalam dekapan ukhwah yang dibina, dengan ikatan yang dicipta bersama sahabat anda

Tapi mampukah kita berlapang dada dengan sahabat tu?

Allah...


Namun begitulah yang terjadi kepada Salman Al Farisi dan Abu Darda.

Allahuakhbar..

Ketika Salman Al-Farisi ingin meminang wanita Arab

Seorang mukminah lagi solehah. Aiwah. :)

Beliau berasa sungguh tidak layak, beliau ialah orang bukan Arab

yang datang hanya menumpang di situ

Ia terasa asing, dengan budaya dan bahasanya

Jadi ia meminta sahabat yang Arab juga

Orang tengahnya Abu Darda

Yang kata-kata bisa mempersona, rupa paras juga apa kurangnya


Apabila habis sahaja perbincangan dibuat


Lalu si puteri memberi jawapan...

diwakili oleh ibunya


'Maaf ya akhi,sungguh si puteri ini menolak Salman Al-Farisi, Namun jika Abu Darda juga mempunyai urusan yang sama, maka si puteri kami menerimanya'


Lalu Salman Al-Farisi berkata

" Allahuakhbarr!!

Sungguh, aku serah segala mahar dan nafkah yang telah kumpulkan ini untuk kamu(Abu Darda), dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!"


Allahuakhbar...

Sungguh cinta bukan harus dimiliki an.....


Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.



Wallahualam...

-Copy & Paste-

p/s : hmmm..andai kata laa..diri ini berada dlm situasi begini..tak tahu laa bagaimana perasaannya tika itu..apakah akn timbul rasa tidak puas hati pada sahabat sendiri???

Thursday, February 7, 2013

Batuk!!! Aku sakit...

Dalam keaktifan aku di laman sosial...tapi sebenarnya lama juga aku menanggung batuk ni...cuma tak serius...sebulan sebelum bermula bercuti...aku telah mula batuk2..sehingga terganggu juga sepanjang minggu2 exam final tempoh hari...mulanya bercuti batuk aku masih juga tak pulih...dan dua minggu ni...batuk semakin menjadi2...
aku tak mahu ke klinik utk med checkup pd mulanya...tapi akhirnya dipaksa oleh parents aku...tapi spt yg aku agak...dr sendiri aku tak ada apa2...akhirnya kena hadap ubat je laa...
actually aku tau sebab sbnr batuk ni...tapi aku tak mampu nak pulihkan diri sendiri...huhuhu...tambah pulak hati ni tak cukup kuat...lemah akibat terlalu byk main perasaan yg tak terbalas...hahaha...
Alhamdulillah...atuk angkat aku yang mahir sedikit sebanyak dalam perubatan Islam dah membantu...kurang sedikit batuk ni...kalau tidak...sampai ke pukul 2-3 pagi batuknya...huhuhu...pedih dada menahan batuk ni tau...
actually nk citer panjang2 pon tak best gak...cuma nak ingatkan diri sendiri...dan sahabat2 agar jaga kesihatan...jaga diri...banyakkan beribadah...agar diri sentiasa kuat hadapi ujian2 tak dijangka...


p/s : result final sem 1 dah nak keluar...

Sunday, February 3, 2013

Butakah cemburu itu?

Hahaha...tajuk bukan lagi kontroversi...aku cemburu kah? hahaha...jika benar...rasanya itulah yang dikatakan sebagai cemburu buta...kerana terikut kata hati tanpa terbatas iman...timbul rasa2 yang tak perlu dan memakan jiwa sendiri...cemburu pada insan yang bukan milikku, apatah lagi insan tersebut tidaklah tahu apa2 mengenai perasaan ini...hahaha...
dan...paling membodohkan, cemburu itu disebabkan rakan sendiri yang melakukan perkara2 yang menimbulkan rasa negatif ini...ahhh...tak matang sungguh hati jika diikutkan rasa ini...tapi, tak dapat dinafikan...rasa cemburu itu menyakitkan...
namun, segalanya bergantung kepada diri sendiri...sama ada mengikut rasa hati tanpa memikirkan keimanan kepada Allah...atau mengadu,merintih kepada yang empunya hati ini...Dialah yang mengurniakan rasa2 yang pelbagai dalam diri kita...kepada Dia juga kita perlu bermohon dipermudahkan urusan...


P/s : banyak kena belajar lagi untuk mengawal perasaan sendiri...ikut rasa, binasa...iku hati, mati...ikut iman...InShaaAllah aman!

Tuesday, January 29, 2013

Umur vs Matang

"Matang bukan pada angka,
tetapi pada pemikiran geliga,
Matang bukan pada wajah,
tetapi pada kepimpinan yang menyerlah,
Matang bukan pada harta,
tetapi pada ilmu yang bermakna,
Matang bukan pada suara,
tetapi pada hujah dan bicara."
(Ahmad Fedtri Yahya - Isu 16 Gen-Q)

hahaha...diam tak diam...pejam celik pejam celik...dah masuk 20 tahun sudah pada bulan Januari ni...tapi itu hanyalah pada angka...semakin meningkat angka...semakin dekat kita ke arah kematian itu...

mungkin ada yang bertanya...kenapa aku hide tarikh lahir aku di FB...hahaha...saja2 je...nnti ramai sgt yg ingat...x terbalas pulak ucapan2 tu...lagi pon dh tua2 ni...x payah lah nk harap2 wish sgt...tp jujur...ada jgk hrp tu...tp menanti wish "org tertntu" laa..x dpt x pe laa..x perlu nk frust menonggeng pon..kahkahkah...
cuma...rugi pulak free call maxis aku di sia-siakan begitu je...sbb x tau nk call sapa2..kalau kat USM..leh gak call ibu ke...hmmmm...x pe laa...yg penting...aku masih lg terselamat drpd prank2 birthday...nak kata untung ke rugi cmtu? hahaha...


p/s : ada sapa2 nak bg hadiah x? haha..nampak sangat tak matang lagi aku ni...hehe

Sunday, January 20, 2013

Adakah itu cinta?

Assalamualaikum...
haaa...jiwang sungguh tajuk entri kali ni...tapi hakikatnya...ini yang bermain di minda...kita selalu berbicara mengenai cinta...tapi sedarkah? tahukah kita cinta itu bagaimana? macam mana kita tahu kita jatuh cinta?
Cinta itu benar satu anugerah...tapi perasaan yang hadir itu...sejauh mana pula ketulusannya? Bagaimana kita dapat bezakan antara cinta yang dikatakan anugerah dengan cinta yang sekadar permainan nafsu dan syaitan?
Ahhh...inilah yang kerap aku runsingkan...
Persoalan-persoalan beginilah yang membuatkan aku begitu takut bila berbicara mengenai cinta...


p/s : aku merasakan hati ini telah jatuh cinta...cuma tidak pasti kategori mana letaknya cinta ini...biarlah Allah menentukan...

Wednesday, January 16, 2013

Bosankah?

Entri kali ni, aku nak komen tentang blog sendiri...setelah membaca entri2 dalam blog ni...nampak macam agak membosankan...tipikal betul, tiada apa2 yang aku cuba sampaikan dalam blog ni...hahaha...sudahlah tu, dengan design yang kurang menarik...terlalu simple...hitam dan hambar...kusam dan kelam...hmmmm...itu realiti blog ni...tapi itu juga realiti tuan blog ni...kerana aku bukanlah insan yang pandai dalam menguruskan blog...apatah lagi mahu menulis entri2 yang menarik...
tapi...
tapi...
tapi...
aku peduli apa? Hak menulis hak setiap individu...zaman ini semua orang ada hak masing2...selagi tidak melanggar undang2, batasan syariat...aku rasa aku akan menulis di sini...hehehe...jadi buat masa ni, aku sendiri tidak tetapkan blog ini bertujuan untuk apa...ini blog bebas...
mungkin aku akan menulis artikel, mungkin menulis luahan rasa, mungkin juga memberikan sedikit perkongsian ilmu...dan mungkin juga aku akan menulis semula puisi??? Hahaha...


p/s : tidak mengharap apa2...sekadar aku mahu menulis semula... :)

Drama itu...

Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit drama yang berjaya menarik minat aku sejak masuk ke USM...walaupun tidak menontonnya di televisyen (TV Alhijrah)...tapi aku telah menontonnya di Youtube...perkenalan aku dengan penulis skrip drama ini iaitu Ustaz A. Ubaidillah Alias membuatkan hatiku tergerak untuk menontonnya...ternyata aku merasakan drama ini lain daripada yang lain...mungkin dari segi konsep Islamik yang dibawakan dalam drama ini...walaupun pada tajuknya terdapat perkataan "CINTA"...tapi bagi aku cinta yang cuba ditonjolkan dalam drama ini ada kelainan...mungkin ramai yang akan mempersoalkan kualiti drama ini, jalan cerita yang kurang menarik, tak realistik...almaklumlah, drama berkaitan Islamik...tiadalah adegan pegang2 yang kononnya "Sweet" dan "Romantik" kan? Tak kurang juga dari sudut pandangan orang2 agama yang mempersoalkan beberapa babak dalam drama ini seakan tidak relevan, mungkin pada mulanya watak utamanya ditonjolkan terlalu baik adalah tidak realistik, kemudian apabila ditonjolkan kelemahan2nya sebagai insan dalam peringkat umur yang muda, juga masih ada orang persoalkan...mungkin itulah realiti yang terpaksa diterima, kita tak dapat puaskan hati semua orang...dan Ustaz A. Ubaidillah sendiri mengakui perkara tersebut, bahkan menerima setiap komen dan cadangan yang diberikan dengan berlapang dada...
Pada pendapat aku, Ustaz A. Ubaidillah Alias telah memulakan sesuatu yang baru, mungkin mampu membawa satu transformasi baru dalam drama2 di Malaysia...yang lebih baik, yang lebih Islamik...kerana terlalu banyak drama di televisyen sekarang ini dihidangkan dengan unsur2 yang kurang baik, sehingga mempengaruhi sikap golongan muda...golongan seusia aku...yang mungkin masih mencari-cari contoh terbaik di samping berhibur dengan rancangan di televisyen...aku doakan ustaz akan teruskan usaha ini dan lebih banyak drama berunsurkan Islamik disiarkan di televisyen...
Oh, lupa pula hendak perkenalkan drama yang aku maksudkan...drama yang diberi judul "Warkah Cinta" yang menampilkan Imam Muda Nazrul (Amir), Heliza Helmi (Wardah) dan ramai lagi (tak ingat semua nama pelakonnya...hehe)...bukan mengisahkan cinta semata-mata, bagiku drama ini lebih menunjukkan perjuangan pemuda yang bernama Amir ini dalam menghadapi dilema antara cinta dan prinsip agamanya yang kuat...kalau nak ceritakan, mesti panjang...jadi, kalau berminat...tontonlah sendiri...

Link YouTube Drama 'Warkah Cinta'
Warkah Cinta Ep1
Warkah Cinta Ep2
Warkah Cinta Ep3
Warkah Cinta Ep4
Warkah Cinta Ep5
Warkah Cinta Ep6
Warkah Cinta Ep7
Warkah Cinta Ep8
Warkah Cinta Ep9
Warkah Cinta Ep10
Warkah Cinta Ep11
Warkah Cinta Ep12


p/s : mungkin aku tak sesempurna watak Amir dalam drama ini, tapi aku akan cuba untuk jadi sebaik yang boleh...InShaaAllah...

Monday, January 14, 2013

Hilangku menguatkan jiwa yang rapuh

Mungkin ada yang perasan, mungkin juga tidak...yang aku telah "deactivate profile FB"...mungkin untuk sementara waktu sahaja...manakala untuk twitter, aku tidak "deactive" sekadar tiada lagi post2 terbaru...
Hilangku dari alam laman sosial, punyai alasan tersendiri...aku ingin mencari ketenangan diri, aku ingin kuatkan hati yang mula rapuh bila disentuh rasa yang tidak pasti...mungkin akan ada yang berkata, tak perlu ku lakukan semua itu...tapi apakah kebaikannya, jika aku berada di laman sosial, kerap post, update mengenai rasa yang tak pasti...apabila di FB, sibuk menanti dan memerhati profile "orang itu"...atau dalam bahasa mudahnya "Stalker"...
Ya Allah, aku merasakan diri ini mula terperangkap dalam permainan cinta duniawi ini...aku takut segala perbuatan2 aku itu adalah sia-sia, berdosa dan datangkan zina hati...
benarlah orang berkata, dalam setiap perubahan terlalu banyak ujian datang menjelma...tapi mengenai perasaan yang aku hadapi kini, aku tidak pasti adakah itu satu anugerah Allah atau ujian Allah terhadap istiqamahnya aku dalam usaha perubahan ini...
Aku tidak menyalahkan perasaan tersebut, tetapi aku khuatir dengan sikapku terbawa-bawa...hanyut...walhal insan tersebut, entahlah tahu atau tidak mengenai perasaanku ini...hahaha...inilah peliknya perasaan yang datang secara tak terduga...
Berdasarkan ilmu yang aku perolehi daripada pembacaan dan mendengar kuliah2 ustaz2...perkara yang paling penting aku lakukan adalah menguatkan keimanan diri...agar menjadi tembok penghalang kepada segala kekusutan ini...Insya Allah, itu yang aku cuba lakukan...dan sekiranya benar perasaan ini anugerah Allah...aku percaya Allah akan tunjukkan jalan untukku...jika tidak, terpulang kepada keimanan yang aku cuba bina ini untuk menerima ketentuanNya...
Hahaha...sekian sahaja entri kali ini, terasa pelik pula apabila aku menulis entri berkaitan perkara ini...


p/s : mula faham apakah yang dimaksudkan dengan "mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang" tapi kuncinya penyelesaiannya ada pada Allah...

Cuti Semester Bermula


Alhamdulillah...cuti semester 1 telah pon bermula...tak sangka begitu cepat masa berlalu, terasa bagai semalam baru mendaftar menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda...haaa...bidang apa yang aku ambil? Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Pekerjaan...panjang betul nama bidang ni kan...nanti untuk entri akan datang aku akan cerita sedikit sebanyak mengenai bidang ini...kepada yang dah tahu tu...tahniah...kerana tak ramai orang yang aku kenali tahu mengenai bidang ini...huhuhu...
Menghadapi satu semester di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian, Kelantan memberikan aku banyak memori yang tak dijangka akan aku perolehi dalam tempoh yang singkat...ramai orang yang aku temui...banyak juga dugaan dan cabaran yang terpaksa aku hadapi sebagai seorang perantau di sana...paling berat merupakan dugaan perasaan (juga akan diceritakan dalam entri yang lain...nantikan ye...hehe)...

Entri kali ini sekadar permulaan kepada kembalinya aku untuk aktif dalam penulisan di blog...Insya Allah...untuk entri akan datang, aku akan ceritakan pula pengalaman dan kenangan sepanjang semester 1...
Sehingga bertemu lagi...
Assalamualaikum...



p/s : cuti terasa bosan dan terpaksa menahan perasaan rindu pada insan yang bukan milikku...

Sunday, January 6, 2013

Kerana Aku Tidak Sempurna

Aku mungkin bukan sahabat yang baik,
aku mungkin belum menjadi insan yang baik,
kerana aku adalah insan yang biasa,
yang belajar dari seluruh dosa dan kesilapan lalu,
emosi dan perasaan kadang-kala mempengaruhi jiwa,
dan...
aku juga insan biasa,
khilaf aku masih tak terkira...
jika aku ini ada salahnya,
maafkan lah diriku,
jangan biarku leka,
tegurilah aku dengan sebaiknya,
agar ku sedar semula...
Kerana aku TIDAK SEMPURNA...

Aku, Hijrah & Ujian

Assalamualaikum...
mungkin entri kali ini tidak dapat ditulis sebaiknya...kerana menulis dalam masa "study"...hehe...bila dah bosan study...tetapi malas nak layan FB dan TWITTER...mungkin sbb ramai kwn2 sibuk study dan juga sibuk tonton AJL...tak pe laa...
Tajuk entri ni nampak sbg satu penceritaan yang panjang...sepanjang itu jugalah realiti sebenar yang sebolehnya aku ingin ceritakan...
"Aku, Hijrah & Ujian"...
Sememangnya diri ini sedang mencari lagi jalan kesempurnaan iman, kerana kerap kali merasakan diri ini terlalu jauh dari Allah...bila tiba di USM Kampus Kesihatan ni...satu perubahan persekitaran hidup ku rasakan...atau orang lebih mudah kata sebagai "Culture Shock"...tp "Culture Shock" aku ni lain sikit...sbbnya aku mula berubah utk lebih mengenal Allah...Alhamdulillah...mungkin itu hikmahnya aku dihantar ke sini...cuma,bila dah sampai ke tahap ini...aku terasa takut jika aku berpaling dari jalan ini...aku takut jika aku gagal melaksanakan tanggungjawab diri ini sebagai seorang Muslim...Ya Allah, moga permudahkan...
benar, aku tak boleh mengharapkan kesempurnaan...aku manusia biasa, penuh khilaf...tapi moga Allah sentiasa melindungi diriku dan sahabat2ku...
Dalam setiap perubahan, pasti ada ujian...benar...pelbagai ujian datang bertimpa-timpa...antara sedar dan tak sedar...tapi aku cuba bersangka baik dengan menganggap ini ujian keimananku kepadaNya...juga mungkin sebagai kafarah dosa2ku yang lalu...
Rasanya untuk ceritakan lebih lagi mengenai ujian ni...tunggu aku habis final exam dahululah ye...

p/s : doakan aku untuk dua paper yang terakhir pada 9 & 10 Januari ini... :)

Saturday, December 22, 2012

Dalam perubahan...

Assalamualaikum..terlalu lama diri ini tidak aktif menulis di sini...rasanya kalau blog ini seperti sebuah rumah, boleh kata sudah berhabuk dan bersawang...
hari ini bila log in semula, terasa mahu tukar nama pada "header blog" ini...3Noktah...tapi domain blog ini masih kekal sebagai nukilanmalam.blogspot.com...
kenapa 3Noktah? Mungkin disebabkan aku suka meletakkan 3 titik noktah pada setiap akhir tulisan dalam penulisan di blog... Tapi, ada juga signifikannya 3Noktah ini pada diri ini...
Namun, berkemungkinan besar...saya akan meninggalkan domain blog ini tersimpan sebagai kenangan...dan akan wujudlah satu blog baru yang akan membawa sedikit perubahan dari segi tulisan dan konsep idea...tapi jika masih sama seperti sebelum-sebelum ini...maafkan saya, kerana diri ini masih orang yang sama, tak mampu melakukan perubahan secara menyeluruh...
Akhir kata, doakan kejayaan diri ini yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester 1 yang bermula pada 30/12/2012 ini...
InsyaAllah...


3Noktah...

Sunday, July 22, 2012

Laman Sosial

Tajuk diberi "Laman Sosial" tapi aku bukanlah nak buat artikel, mahupun luahkan pendapat mengenai laman sosial ni...sekadar mahu berkongsi ruangan Laman Sosial yang aku aktif sekarang ini...bukan lagi di facebook...tapi twitter...kenapa twitter? Itu aku sendiri pon tidak mengetahui jawapannya...walhal banyak limitasi di twitter berbanding facebook...hmmm...anda pula bagaimana?
Sekadar perkongsian...
 
Facebook saya Amirul Rosle Amin...silalah add kalau mahu berkenalan..hehe..tapi kurang aktif...
Twitter PhantomARA...aktif sahaja ber"tweet"...kalau sudi silalah follow...
:)

Ramadhan 1443H

Alhamdulillah, berjaya juga harungi Ramadhan pertama, Terawikh kedua dalam bulan Ramadhan 1433H...
Seperti biasa...bulan Ramadhan ini begitu dinantikan oleh orang2 yang benar rindu kepadanya...Insya Allah...aku harap jiwa aku tergolong dalam golongan itu...
Dalam Ramadhan ini jugalah, kita akan perasan lebih ramai yang mula berubah ke arah kebaikan...Alhamdulillah...termasuk juga aku...mungkin sebab dalam bulan ini, Syaitan akan dibelenggu...pertarungan kita hanyalah dengan hawa nafsu...
Ramadhan, Madrasah Jiwa...benar, sebab dalam bulan inilah kita mudah untuk didik jiwa kembali mengingati Allah,tingkatkan amalan ibadah...aku sendiri,mungkin sebelum ini jarang2 membaca Al-Quran...di bulan Ramadhan ini diharap dapat meluangkan masa untuk membaca...Insya Allah...
Mengenai persoalan adakah perubahan ini aku dan mereka2 yang berubah di bulan Ramadhan ini berkekalan...Insya Allah...jangan dipertikaikan,jangan diperli...bahkan,kitalah yang patut sokong perubahan ini...
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Moga kita hidupkan ia dengan pesta ibadah...Insya Allah... :)

Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum..aku kembali..

Senyuman terukir bukan memancar riang di hati,
tapi cuba menguatkan semangat diri...

Hahaha...nampak macam banyak yang kurang dalam susunan ayat aku sekarang ni, almaklumlah lama tak menulis..apatah lagi berpuisi,berfalsafah...aku juga bukan orang seni...tiada bakat rasanya...hehehe..
Sebagaimana tajuk diberi, "Assalamualaikum..aku kembali.." aku kembali post something di blog ini..yang kelihatan gelap dek kerana pilihan background warna hitam...Insya Allah...ada berita gembira yang aku terima...kesedihan2 tu kita lupakan...
Oh yaa..sebelum terlupa... Salam Ramadhan kepada semua yang baca post ni...emmm..rasanya aku bukan ada pengikut blog inikan? Tak mengapa...siapa2 terbaca, anggaplah ucapan ini untuk anda...moga Ramadhan ini akan bawa keberkatan kepada kita semua...

Wednesday, May 30, 2012

tak tahu...tapi sedih itu mungkin...

entah mengapa tiba2 malam ni aku terasa amat sayu...rasa sesuatu yang kurang, terasa sedih saja...aku mula terasa agak lemah semangat buat masa ni...hmmmm...umpama hilang sebuah impian...? hmmmm...atau mungkin hancur sebuah pengharapan?? hmmmm...entahlah...
aku merasakan aku perlukan orang untuk aku ceritakan segalanya...untuk ceriakan aku, untuk nasihat aku, untuk bagi semangat kepada aku...BUKAN orang yang sekadar keluar ayat tidak ikhlas...
ermmm...erm....mungkin salah aku jugak...harap itu semua...tapi aku sendiri terus sembunyi sendirian...


p/s : kerna itu ku katakan aku terus menjadi bayang2...kelihatan tapi tidak dipandang...

Friday, May 18, 2012

Maybe?

hmmmm...berkecil hati dengan sindiran serta label2 yang diberikan kpd aku...
aku tak harap penghargaan menggunung...
tapi cukuplah secebis penghargaan yang rendah...
ohhh...mungkin aku tidaklah sehebat mana...mungkin itulah hakikat yang aku perlu tahu...
masa depan aku pun bukanlah bakal doktor yang orang selalu pandang tinggi...mungkin itu aku perlu ingat...
maybe dan mungkin...aku terlalu banyak berfikir...buat aku makin terluka...namun saban hari...tidak sembuh jua...
tak mengapa...aku hanya bayangan...berlalu pergi terus hilang dalam kegelapan...



p/s : maybe bersara dan putuskan sebarang hubungan penting sbg faci? hmmm